Golf Resorts

CANTIKNYA PALM GARDEN GOLF CLUB PUTRAJAYA INI!



CANTIKNYA PALM GARDEN GOLF CLUB PUTRAJAYA INI!

Direka dan dibina semula sepenuhnya, lapangan golf 18 lubang yang membenarkan “BUGGY ON COURSE” ini menjadikannya sebagai padang golf awam utama pertama yang menawarkan kemudahan tersebut.

Dengan pemandangan yang mempesonakan dan fairway yang berbukit-bukit, perancang lapangan ini iaitu Ted Parslow membuktikan kebolehannya menukarkan ‘batu’ menjadi ‘permata’.

Dibuka setiap hari, pemain golf yang bercita-cita tinggi untuk menakluk lapangan ini disarankan untuk berhati-hati dengan menghindari 74 bunker dan green yang mencabar untuk mendapatkan skor yang baik.

Rumah kelab yang bergaya Mediterranean pula menghadap lapangan akhir di lubang 18.

Selain daripada padang golf, kelab ini juga dilengkapi dengan pusat rekreasi, termasuk gimnasium, kolam renang tanpa batas, sauna dan gelanggang tenis.

Kelab ini hanya 20 minit dari pusat bandar Kuala Lumpur dan 25 minit ke KLIA.

Ia juga bersebelahan dengan pusat membeli-belah dan pelbagai hotel bertaraf 5 bintang.

Jangan lupa untuk cuba tee off dan rasai pengalaman di kelab ini!

#palmgardengolfclub #putrajaya #ioi #gilagolf #kakigolf

9 Comments

  1. Terbaik boss..cuma rating harga tu tak berapa cun..course high class camni biasa lar harga camtu..kita dapat apa yg kita bayar…kecuali lar bayar mahal tapi course teruk.pape pon terbaik.. tiap2 mggu sy tggu boss buat review mana2 course..kipidap

Write A Comment