RULES

BERJAYAKAH KAMI BOOKING CADDY PRAMUGARI VIRAL DI KELAB GOLF UNIPUTRA UPM?

Kelab Golf Uniputra UPM ini dibina pada tahun 1981 dengan sembilan lubang yang pada asalnya bertujuan untuk memberi pendidikan pertanian sambil menjadi tempat bersukan. Ia juga kemudiannya menjadi tarikan riadah bukan sahaja kepada kakitangan dan pelajar, malah ia juga turut menarik minat orang ramai.

Pada hari ini, kelab golf ini terbuka kepada orang ramai dengan nama Kelab Golf Uniputra yang berjaya menjadikan pemain golf merasa selesa dengan pemandangan Orchard Nine (Lubang 1-9) yang dikelilingi oleh pokok buah-buahan dan Forest Nine (Lubang 10-18) yang dikelilingi oleh pokok-pokok hutan.

Kelab golf ini juga popular di kalangan pemain golf dengan cabaran khususnya di second nine yang digelar ‘course comando’. Nak tahu kenapa dipanggil sedemikian? Jom tonton review untuk kali ini!

#uniputragolfclub #universitiputramalaysia #serdang #golfmalaysia #kelabgolfmurah #caddystewardess #kakigolf #gilagolf