SKILLS

ARCHERY – WOODEN BOW

LANGKAH 1: POSTUR BADAN

Postur merupakan perkara yang paling asas dan sangat penting dalam sukan memanah. Postur yang baik akan membantu pemanah dalam menguasai teknik panahan yang lebih baik. Selain daripada itu, ia juga dapat mengurangkan risiko kecederaan yang disebabkan oleh teknik panahan yang kurang baik. Dalam sukan ini, postur ‘T-shape’ adalah teknik yang sering dipraktikan oleh kebanyakkan atlet. Dengan mengekalkan postur T-shape semasa memanah, postur badan dan keseimbangan badan akan berada dalam keadaan yang paling stabil. Semasa langkah ini, pemanah berada dalam keadaaan bersedia dengan kedudukan postur yang betul sebelum memulakan langkah seterusnya.

• Pemanah perlu mengekalkan postur badan (tegak) bermula dari awal persiapan iaitu berdiri/stand sehingga selesai proses panahan iaitu langkah terakhir, rehatkan diri/relax.

LANGKAH 2: BERDIRI/STANCE

Stance memberi kesan kepada arah panahan dan badan seseorang semasa panahan. Jika kedudukan kaki anda berada di kedudukan yang salah, ia akan memberi kesan terhadap keseluruhan postur badan anda. Oleh itu, anda mungkin akan menghadapi masalah dalam mencari kedudukan badan dan bahu yang selari dan konsisten dengan target butt semasa melakukan panahan. Terdapat dua jenis stance yang biasa digunakan dikalangan para pemanah iaitu:

a) Square stance: kedua-dua kaki kanan dan kiri haruslah selari dengan garisan panahan dan kedudukan ibu jari kaki perlu arah lurus ke hadapan.

b) Open stance: kedudukan kaki kanan selari dengan garisan panahan, dan kaki kiri berada pada kedudukan 45˚ daripada garisan panahan.

LANGKAH 3: MEMASANG ANAK PANAH/NOCKING THE ARROW

Untuk memasang anak panah, terdapat beberapa langkah yang merangkumi;

• Pastikan anda sentiasa meletakkan busur di atas kasut kiri anda. Ia dapat melindungi hujung limb bawah daripada tercalar dan rosak jika diletakkan dipermukaan yang keras/tidak rata.

LANGKAH 4: PENETAPAN TANGAN KIRI (BOW ARM) DAN TANGAN KANAN (DRAW ARM)

Semasa langkah ini, terdapat dua perkara yang perlu dilakukan oleh para pemanah iaitu:

a) Kedudukan grip:

• Pemanah tidak sepatutnya menggenggam dan memegang busur dengan kuat/ketat. Mereka hanya perlu meletakkan tapak tangan kiri (berbentuk Y) di bahagian grip pada busur dan biarkan ia berada pada sudut 45˚.

• Pastikan tangan anda lurus dan berada dalam keadaan relak tetapi kuat.

b) Kedudukan hock:

• Jari yang menarik tali busur dikenali sebagai hocking. Pemanah menggunakan tiga jari untuk menarik tali busur terus ke anchoring point seterusnya release. Semasa langkah ini:
#memanah #archery #kidsarchery #education
LANGKAH 5: SETUP / PRE DRAW

Semasa fasa ini, atlet dalam keadaaan sedia dengan kedudukan postur badan, kepala pandang ke arah sasaran, hock dan grip yang betul. Daripada kedudukan tersebut:

• Manakala, draw arm mengekalkan garisan lurus dan ketengangan tali untuk bersedia dengan tarikan ke anchoring point.

LANGKAH 6: DRAW, FULL DRAW DAN ANCHORING

Daripada langkah 5, teruskan menarik tali busur dan menolak busur sehingga mencapai tarikan penuh.

• Pastikan posisi tarikan separa penuh dan penuh ini dapat dilakukan dengan keadaan yang sama setiap kali tarikan/ulangan.

LANGKAH 7: ANCHORING, HOLDING DAN AIMING

• Anchor hock anda dibahagian bawah rahang dengan tali berada/bersentuhan dengan bahagian tengah atau sisi hidung, bibir dan dagu.

Holding:

• Holding biasanya mengambil masa selama 2 – 4 saat dan kadang-kadang boleh mencapai 6 saat mengikut kondusi pemanah dan persekitaran ketika melakukan panahan. Ia berlaku sebaik sahaja tarikan mencapai full draw dan anchoring yang sempurna.

LANGKAH 8: KETEGANGAN, PELEPASAN ANAK PANAH DAN FOLLOW THROUGH /TENSION, RELEASE AND FOLLOW THROUGH

Follow through:

Semasa proses follow through, kekalkan bentuk grip dan biarkan busur lonjak ke hadapan dan seterusnya relakkan pergelangan tangan dan biarkan busur membuai ke bawah. Pergerakan dan jarak busur semasa follow through haruslah sama dan konsisten untuk mendapatkan momentum yang sama serta seimbang. Ia dapat membantu darisegi arah panahan dan keseimbangan badan serta otot selepas melepaskan anah panah. Selain daripada itu, ia juga dapat mengelakkan daripada kecederaan dan ketegangan otot yang mungkin berlaku disebabkan oleh impak atau getaran yang terhasil daripada busur.