Seringkali disebut sebagai sebuah tempat ‘tee off’ impian, Staffield Country Resort menawarkan pengalaman permainan golf yang tenang untuk individu yang ingin melarikan diri dari hiruk-pikik ibu kota dan tekanannya. Di sini, anda boleh memanjakan diri dengan permainan golf yang hebat dan bertaraf dunia.
Staffield Country Resort terletak di Jalan Batu 13, Jalan Seremban – Kuala Lumpur iaitu di tengah-tengah kehijauan tanah yang subur, dan hanya berjarak 45 minit pemanduan dari bandaraya Kuala Lumpur dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang.
Kelab negara ini mempunyai padang golf 27-lubang yang indah, yang dirancang oleh Graham Marsh dan Ross Watson dari Australia.
Sejak dilancarkan secara rasmi pada tahun 1994, lapangan golf Staffield telah memperolehi reputasi yang sempurna kerana menawarkan cabaran menarik untuk pemain golf profesional dan amatur. 81 ‘bunker’ dan tujuh tasik seluas 335 ekar menyediakan latar yang sempurna untuk lapangan yang paling mencabar di sekitarnya.
Bagi mereka yang menikmati pelbagai sukan, rumah kelab bergaya ‘Tudor Staffield’ menampilkan gabungan pelbagai aktiviti rekreasi dan sosial. Memenuhi aspirasi penggemar aktiviti rekreasi untuk individu dan juga seisi keluarga, rumah kelab ini adalah ‘hotspot’ dengan kemudahan canggih dan layanan yang ramah. Gelanggang tenis dan skuasy di rumah kelab serta kolam renang dan gimnasium juga pasti akan menggamit pengunjung ke tempat ini.
Dianggap jauh dari rumah oleh kebanyakan orang, suasana desa yang indah ini benar-benar meraikan alam semulajadi dengan pemandangan bukit-bukar dan kolam yang penuh dengan flora dan fauna.
Secara keseluruhan, pengalaman bermain golf di Staffield pasti akan meninggalkan kenangan yang manis dan akan menggamit para pemain untuk bertandang lagi ke sini.